Sunday, July 3, 2011

Setelah Bergelar Isteri












Seperti yang kita ketahui, tanggungjawab seorang gadis setelah berkahwin adalah mengabdikan diri sepenuhnya kepada suami tercinta. Ada diantaranya yang tidak dapat pulang ke kampung halaman bertahun-tahun lamanya untuk menjenguk bonda dan ayahnda yang tersayang. Memang benar, jika tanpa izin dari suami, maka seorang isteri tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah tanpa kebenaran daripada suaminya.


Namun begitu, pernahkah antum semua selami perasaan bonda dan ayahnda nun jauh di kampung halaman, merindui anakndanya? Bagi si suami, cuba letakkan diri antum di tempat si ayah, bagaimana jika suatu masa nanti, anak yang ditimang-timang, dimanja-manja, dibelai-belai dan disanjung-sanjung semakin lama semakin melupai jasa pengorbanan antum sebagai ayah yang telah membesarkan anaknya sehingga berjaya mengenggam segulung ijazah, memperolehi pekerjaan yang hebat dan menjadi insan yang berjaya ?.


Begitulah perasaan seorang ibu yang merindui anak gadisnya, memang benar disaat lafaz sakinah bermula, secara keseluruhannya si isteri menjadi hak milik si suami sepenuhnya. Namun, ingatlah para suami bahawa hubungan kasih dan sayang antara ibu dan anak tak kan pernah terpadam selamanya. Walaubagaimanapun layanan si anak buat si ibu, malah nama si anak tetap disanjung-sanjung dibibir si ibu yang merindui gelak tawa anak yang tercinta.


Bagi mereka yang masih berpeluang untuk bersama-sama bonda dan ayahnda tercinta, minta izinlah dari suami untuk menghubungi dan menziarahi ibunda dan ayahnda di kampung. Hubungi mereka dan bertanya khabarlah, ana yakin tatkala si ibu mendengar suara anaknda yang nun jauh diperantauan pasti berbunga-bunga hati si ibu. Dan jika antum berkesempatan untuk menziarahi ibunda dan ayahnda dikampung walaupun hanya 2-3 bulan sekali, lakukanlah..pasti kebahagiaan terpancar diwajah bonda dan ayahnda disaat melihat kepulangan anakndanya di kampung halaman..


InsyaAllah, jika kita menjaga hubungan kasih sayang antara kita dengan ibu dan ayah, pasti suatu ketika nanti kita turut mendapat balasan yang setimpal dari anak-anak kita nanti.


Semoga Allah merahmati setiap tindakan kita dalam menggapai redha dariNya.



Regards,
Sis Eisma

No comments:

Post a Comment