Saturday, July 2, 2011

Apakah Darah Haid ?












Apakah Haid ?
Haid ialah darah kotor yang keluar daripada faraj wanita yang sihat, bukannya disebabkan oleh melahirkan anak, kecederaan, penyakit dan pecah selaput dara.


Bilakah waktu Haid ?
Haid bermula selepas umur seorang kanak-kanak mencapai 9 tahun. Ini adalah pandangan sesetengah para ulama'. Darah haid yang keluar biasanya berlaku setiap bulan sehinggalah putus haid ataupun monopouse.


Sifat darah Haid ?
Darah haid berwarna seperti darah yang biasa iaitu merah, coklat ataupun keruh. Ia juga boleh jadi berwarna hitam ataupun kelabu/perang. Jika selain dari warna ini, ia bukan darah haid.



Berapakah sebenarnya tempoh darah Haid?
Paling kurang darah haid keluar lebih kurang sehari semalam, paling lama pula selama 15 hari. Kebiasannya ia keluar lebih kurang selama 6-7 hari. Namun begitu, bukanlah bererti ia keluar berterusan tanpa henti dalam jangkamasa tersebut. Sebaliknya jika darah mula keluar, kemudiannya reda dan kemudiannya keluar lagi, maka semuanya dianggap darah haid.


Berapakah tempoh masa antara satu-satu Haid?
Ia dipanggil masa suci. Masa suci antara dua haid lebih kurang 15 hari. Masa suci yang terpanjang pula tiada hadnya. Ia boleh mencapai sehingga boleh mencapai 1 tahun, kecuali bagi wanita yang istihadah.


Pastikan kita benar-benar suci daripada haid sebelum mendirikan solat, jika kesan darah haid sudah tidak kelihatan, ambil kapas dan sapu dikemaluan, jika masih ada kekuning-kuningan dan kita yakin itu darah haid, maka kita masih belum suci dari haid.


Jika kita pasti yang kita sudah habis haid pada waktu asar, maka wajib untuk kita mandi hadas dan mendirikan solat asar. Ingat kaum wanita! Jangan melengah-lengahkan waktu mandi hadas jika telah suci, khuatir jika kita meninggalkan solat dengan sengaja.


Semoga Allah permudahkan urusan kita.


Rajin-rajinlah membaca dan bertanya jika tidak mengetahui akan sesuatu perkara!


Sumber: Kuliah Fiqh wanita di USM


Regards:

Sis Eisma

No comments:

Post a Comment